Sunday, December 20, 2009

[just be careful]

Salam..

Hari ini, kami fetched mama dan abah di KLIA.. Perasaan? Syukur sebab mereka pulang dengan selamat. Well.. Flight delay 2 jam tanpe diberitahu buat ucu resah dan gelisah lalu ianya berjangkit kepada saya.. The departure time should be at 12.30 am tapi dalam pukul 2.00 am baru dapat sms dari mama..

Anyway, banyak keajaiban telah berlaku.. Daripada kaki mama yang dah elok, bajil nak tamatkan zaman solonye tak lame lagi, dan..... bace dulu berita di bawah..

---------------------------------------------------------------------


SEORANG MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI SAYUR

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa bakul sayur kosong di Jalan Ipoh berhadapan Taman Wahyu di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd Sayuti Jamaludin, 23, dari Batu 6 1/4, Gombak, mati di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira 4.30 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Mazda yang dipandu mangsa dari arah pusat bandar menghala ke bulatan Batu Caves hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tepi kanan lori terbabit.

"Akibat pertembungan itu, kita percaya mangsa tersepit menyebabkan dia mati di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd Rafiuddin Arif Noor Azman, 23, dari Taman Sri Gombak hanya cedera ringan. 


"Bagaimanapun pemandu lori, K.Gopalakrishnan, 29, dari Skudai, Johor tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat manakala rakannya yang cedera ringan juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

-BERNAMA-


---------------------------------------------------------------------

Dan sesaat sebelum kejadian ni, kereta tu betol2 kat depan kereta kami lepas memotong mengikut lane kiri (INGAT! DILARANG MEMOTONG IKOT LANE KIRI).. Kitorang masih musykil ape yang terjadi sebab lepas memotong, tibe2 kereta itu buat pusingan 90 degree... Hampir dilanggar bas dan lori tapi bas sempat mengelak.. Mabukkah? Mengantokkah? Tayar pecahkah?

Keajaiban nye, bas tu dah menyenget dan hampir menghempap dan memenyekkan kami.. Seriously!! Tapi seolah2 malaikat tolong tolak balek bas tu dan ia bergerak semula seperti sediakala.. Yang diingati hanyelah jeritan abah "Jai. Tepi sikit, kang kita kene ni. Tepi!! tepi!!" dan bunyi brek taktau dari mane dan kemudian... 'BAM!' Yang laen diam tak terkate. Mungkin berkat abah mama balek haji kami dilindungi? ^_^

Sampai rumah.. Mama bagi buah tangan ntok sumer famili member. Tapi time tu tak rase nak ape2 sebab dah sangat2 syukur terlepas dari bala. Sujud Syukur dah jadi kemestian ni! Kitorang memang trauma abes dah ni..

Salah satu mangsa tu baru nikah semalam. Disebabkan 2 tragedi minggu ni melibatkan pengantin baru, just nak ingatkan kepada semua especially bakal pengantin baru, JUST BE EXTRA CAREFUL.. Selagi boleh elak, elak, K..

To BARD, HAPPY BELATED E-DAY 13122009? kan?


To RODENG and ABID, SELAMAT BERTUNANG hari ni 20122009


To FARHANA IBRAHIM, SELAMAT BERTUNANG jua 20122009


To EIN and KAK MAR, SELAMAT PENGANTIN BARU


To HYDIANA and IKHWAN, Nantikan kemunculan kami FINAL YEAR PHARMACY STUDENTS 5th BATCH, UiTM PALAM ke majlis kalian.






Heee.. Weird.. Anyway, for further information, feel free to visit McNaa's blog..

Its a very long day today. So, enough for now.

Bye..

[Happy Birthday Muhammad Suhail]

Happy Birthday budak! You've turned 18 today.

Ha? Ape? Baru 18 tahun?!

Its a gift for people born on late December sebab orang hormat orang2 begini sebagai 'abang' or 'kakak' walaupun cume beberape hari beza dgn orang yang lahir awal bulan Januari tahun berikutnye.. Wahaha.. Iye? Maybe......

Anyway, ur present would be given within this week. Tak beli lagi k..

Nantikan...



As promised, K-ON DVD.. Nasib baek murah je.. ^_^

To my only brother.. Take care then.. INGAT!! CARI WANITA SOLEHAH!!

Heee...

Friday, December 18, 2009

[1st attempt #5 - muffin]

Selamaat paagi~

\(~.~)? ngantook. tapi... lapaar..

VENUE : DAPUR

Godek... Godek.. Godek.. Godek.. Peti Ais..

Aaaaaa... stok makanan dah abes!!

Oh!

Nampak sesuatu! Panaskan oven segera.

Lapaaar!! Segera kacau dan campak segala ingredient yang patut!

. . . . . . . . . Tunggu 20 minit sambil jemur kain

. . . . . . . . . . . . . . Baru 10 minit?!??!

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . Tunggu lagi sambil makan eskrem pop 20 sen

Ting! Introducing my own creation cadbury choc muffin!!

Seraaaaaaang~




Well.. Takde mase nak taruk icing2..

Ingredient cupcakes jadi muffin untuk keperluan perot..

Bile lapar, bende tak pernah buat pun menjadi je~

Hahahaha~

[tahun baru sem baru]

Heee...

Hari ni tahun baru hijrah.. Login student portal - eHEP untuk check bilik baru time sem baru di tahun baru 2010 nanti..





Heee.. Yosh! Sem akhir kami!

Sape2 nak melawat puncak alam.. Tu.. Carik no bilik aku tu..

Oh.. Hari ni hari terakhir aku menjadi seorang yang parent-less.. Yeay!

Baaaai..

Thursday, December 17, 2009

[Salam Ma'al Hijrah]

Masya-Allah!!

Tak sedar yang kita umat Islam dah masuk tahun baru maghrib tadi. (Salam 1431H) Dan aku, leka bermain komputer dan makan rambutan! Ye! Abah dan Mama perlu ade di sisi untuk mengingatkan anakmu ini! T_T

Text message from my mom: 

"Selamat tahun baru awal muharram. Mama sekarang kat masjid nabawi tunggu solat maghrib. Jaga diri.." 

Well.. I am 6 hours late mommy.. and I am very sad.. If.... both of you were here, pasti kali ni berjaya mulakan tahun baru dengan lebih bermakna. Dah beberape kali terlepas sambut awal muharram bersame2 sebab ianya tidak jatuh pada hari cuti. Tapi.. T_T

Adakah kesalahan lepas diampuni? Adakah tahun ini dilindungi? Ya Tuhan. Ampunkan hamba-Mu.. Ampunkan kami dan Kurniakan kami seseorang yang dapat saling ingat-mengingati agar sentiasa dekat dengan-Mu.

Kawan2.. mari ramai2 amin!! Aaaaamiiiin~

——————————————————————————————-
——————————————————————————————-

Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)




Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.



——————————————————————————————-
——————————————————————————————-

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )




Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.


Wednesday, December 16, 2009

[untittled]

Tiade berita canggih terkini.

Cume nak update..


WHAT I NEED TO DO
1) godek2 blog si abang gedik
2) Cari html code for drop down menu blog syllah
3) Cari jalan camne nak amik mama dan juge abah
4) Kemas tongkang pecah sblm kene marah hujung minggu ni!
5) Berfikir sempat ke nak gi tgk Rodeng and Abid bertunang?
6) Berfikir lagi camne nak gi kenduri ein..
7) Dan lagi sekali berfikir camne nak plan gi kenduri Hydiana
8) Perlu menjalankan misi untuk keselesaan kolej sem depan
9) Oooh.. Kene decide nak gi kenduri kat Melaka ke tak..
10) Kene betolkan biological clock yang dah betol2 macam jam rosak ni.
11) Dah selamat dapat kad jemputan ein. So takyah tunggu posmen lagi
12) ups. lupe.. meeting penting dengan epoi untuk misi sem akhir!

WHAT I AM DOING
1) Download macam2 sampai laptop tersekat n tersedak tahap maksimum
2) Susun file dalam HDD 500gb saye.
(Well, im a bit somplicated.. err.. maybe. susunan file amat penting bagi saye. Nama file perlu sekata dan saiz dan jenis video juge perlu same. Wahahaha)
3) Planning sesuatu yang ntah ape ntah
4) Tgk berkali2 "You're Beautiful" sebab Nani bagi poison tu kat saye
5) Tunggu bungkusan (2 ketol) dari Mekah yang ntah bile nak sampai ntah..
6) Main game kat facebook (tak suke game yg berulang2 begini)

WHAT HAD BEEN DONE
1) Urm.. plan biase2 (jahit-menjahit *urgh bosan*, masak campak etc)
2) Tgk final episode "The Queen Return" tp xmo donlot sebab HDD padat
3) Tgk result exam. Jadi jiwa sudah tenang.. ^_^
4) Beli hadiah. Tapi cam tak best jer rasenye..


Oh.. Sepertinye semuanya nampak cam gloomy.. Haih.. Sy memang suke gloomy2 ni kan Nani, Ida, Syue? Wahahaha.. Melihat kpd 2 orang Rayhan begitu tabah membuat sesuatu yang interesting, Well, nampaknye saye bukan seorang yang interesting. So, What tu expect~ ^_^

Teringat time final sem selalu buat bende selali stadi dgn sangat bersemangat. 2 semester lepas pernah wat kat Ida swan pakai kertas remember? (if ade bacer post Birthday Ida la). Time tu saye buat a bouquet of red roses pakai kertas. For a friend of mine - its Ikhwan.. yeay - yang dah grad tp tak gi tengok.. Hohoho.. (Sure ade orang akan ambush pasni nak provoke.. I knew it) ^_^

Ape pon, nak taruk jugak because I rarely done the same thing twice lagi2 bende yang memerlukan ketekunan ni.. So, here it is..





Akhirnye.. Daaaaah berjaya update. Bersame gambar.. Wahahaha..

\(~_~)/ Bye~